7 Ogos 2011

Ramadhan 1432 hijriah_1 Ogos 2011

Salam Ramadhan,
Hari ini ,8 Ramadhan telah di sambut dengan amalan ibadah  dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Suasana terawih mengimarahkan masjid dengan ceria bersama  alunan zikir dan bacaan al-quran.

Tak lupa menu berbuka dengan citarasa yang berbeza dan pelbagai............jom kita jengok menu yang menjadi pilihan ramai ini......
Badak Berendam

Buah Melaka, Mulong, Onde-onde

Puteri Mandi
 
kuih koci

roti jala    














26 Julai 2011

P.RAMLEE. sebuah nama lengenda Agung......aku minat giler kat dia..Korang?

P. Ramlee (1929-1973)
        Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA(P) (Sarawak)
      P Ramlee terima Anugerah Legenda Seri Temasek




Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Permulaan kerjaya seni

Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


 P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.













sedihnya, saat-saat akhir sebelum pemergian, beliau seolah dipulaukan oleh peminat dan org industri hiburan sendiri, sehinggakan semasa menemankan Saloma menjayakan rancangan HMI, P ramlee hanya menunggu Saloma di kantin. lepas show Saloma pi ke kantin, lampu dah dipadamkan, P ramlee masih ada kat situ tunggu.. kalau masuk auditorium kena booo, ikut pengalaman sebelum ni.
              http://www.youtube.com/watch?v=knakD-jM8p0

13 Julai 2011

myvi 2011..lagi best?

Perodua Myvi Baru | Myvi 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia dah tahu Myvi keluaran Perodua adalah kereta paling laris di Malaysia sebab kerap sangat terserempak kereta Myvi ini di mana-mana sahaja. Pernah sekali ketika aku memandu dengan kelajuan 160 km/jam di lebuhraya Utara Selatan tetiba dari jauh aku nampak sebuah kereta kontot warna orange bergerak laju. Aku tak nak lah tunjuk lebih jadi aku pun beri laluan peeh rupanya kereta Myvi punyalah laju yang drive budak perempuan pulak tu. Itu bukan kali pertama aku terserempak dengan kereta Myvi yang dipandu laju mungkin rekabentuk Myvi yang agak stabil tu yang mereka berani pecut...











 

 Tak lama lagi dengar citer plak..ader keluaran 1.5 (sporty punyer) nah tgk yang ni plakpasti cair..nampak lagi GARANG..

 


Ulasan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Assalamualaikum wbt..




Mohon keizinan saudara Solihin Zubir (SZ) dan aisya nak share
entry copy and paste ulasan beliau tentang Bersih 2.0.Pengulasan SZ lagi jelas dan mudah untuk korang bukak minda ye.Please free your mind, baru laa tak de rase nak marah kat orang bersih ni..:)




Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan buat sedikit ulasan dan kesimpulan mengenai situasi sebenar perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai semalam. Sebelum tu, aku nak terang dulu kepada makhluk-makhluk yang hanya tahu condemn membabi buta tetapi tak tahu langsung apa itu Bersih 2.0 dan tuntutan yang ingin dilakukan.

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasaSiapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta.

Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?



Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.Sumber[SolihinZubir]
terima kasih atas perkngsian ini................