15 Jun 2011

saga FL 1.6_ menarik fuhhh!!!

Proton hari ini melancarkan sebuah lagi model baru dari variasi Saga iaitu Saga FL 1.6 (a) Executive baru. Model ini adalah sama dengan model Executive 1.3, apa yang membezakan hanyalah dari segi enjin. Saga baru ini dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM. Enjin ini sama dengan enjin yang digunakan oleh model Persona Elegance. 

Harga mampu milik iaitu RM46,549 (atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Menarik bukan? 

Proton saga 1.6 ini hanya ditawarkan dalam satu model sahaja iaitu dalam versi automatik dengan 4 kelajuan. Hanya satu warna sahaja ditawakan iaitu warna  putih solid.
Ciri-ciri hebat proton Saga FL 1.6 Executive:

1. Dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM
2. Beg udara SRS berkembar
3. Brek ABS & EBD
4. Penggunaan minyak 7liter untuk perjalanan 100km.
5. Lampu signal LED pada cermin sis
6. Lampu kabus




apa-apa pun ...pilihan dan keputusan untuk memilih terletak 
pada anda...selamat memilih yea...