17 Jun 2011
15 Jun 2011
saga FL 1.6_ menarik fuhhh!!!
Proton hari ini melancarkan sebuah lagi model baru dari variasi Saga iaitu Saga FL 1.6 (a) Executive baru. Model ini adalah sama dengan model Executive 1.3, apa yang membezakan hanyalah dari segi enjin. Saga baru ini dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM. Enjin ini sama dengan enjin yang digunakan oleh model Persona Elegance.
Harga mampu milik iaitu RM46,549 (atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Menarik bukan?
Proton saga 1.6 ini hanya ditawarkan dalam satu model sahaja iaitu dalam versi automatik dengan 4 kelajuan. Hanya satu warna sahaja ditawakan iaitu warna putih solid.
Ciri-ciri hebat proton Saga FL 1.6 Executive:
1. Dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM2. Beg udara SRS berkembar3. Brek ABS & EBD4. Penggunaan minyak 7liter untuk perjalanan 100km.5. Lampu signal LED pada cermin sis
6. Lampu kabus
apa-apa pun ...pilihan dan keputusan untuk memilih terletak
pada anda...selamat memilih yea...
12 Jun 2011
3 Mei 2011
Riwayat Osama Bin Laden
Dengan langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.
Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan: “Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.
“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.
“Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”
Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan.
Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS. Osama terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar-askar AS di sebuah rumah agam mewah bernilai RM2.96 juta yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad, 60 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.
Abbotabad dikatakan lokasi yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan. Ia juga disebut sebagai salah satu lokasi pelancongan dan pusat pendidikan di negara itu.
Osama ditembak di kepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan pasukan keselamatan Pakistan.
Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita turut ditahan semasa serbuan itu dilakukan.
Bagaimanapun, tiada rakyat AS yang cedera dalam serbuan itu. Ujian asid deosirikbonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah Osama.
Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama yang didakwa maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Abbotabad, Pakistan kini dilapor berada dalam simpanan AS.
Untuk meyakinkan penduduk dunia bahawa berita kematian pemimpin Islam itu bukan sekadar khabar angin, sebuah stesen televisyen Express TV menyiarkan secara bertalu-talu wajah Osama yang berlumuran darah.
Tanggapan AS bahawa Osama atau nama sebenarnya Osama Mohamed Awad Laden, 54, mudah ditewaskan seperti yang pernah dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ternyata meleset.
Osama adalah manusia yang paling sukar diburu di dunia.
Baca cerita selanjutnya di KOSMO!
Antara percaya atau tidak??
Gambar ditunjukkan di televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa AS berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama.
superimpose yang gagal...kesahihanya diragui umum....
2 Mei 2011
Mmmmmmmmmmmmm....
Jauh sudah melangkahKu pergi...
Harapan membawa kuMelangkah tujuan..
Oh!khabarnya mutiara di sana..
Bagai sutra idaman berkilauan..
Terasa penat aku berhenti...
Semacam kepiluan menerpa di jiwa..
Wajah wajah yang teramat ku sayang...
Berlari rian di depan mata.........
Oh bukan permata...
Yang memberikan bahagia...
Aku dan jemu hiudp terpaksa..
Oh....... semakin sayang.
Ingin benar ku tempuh kembali...
Masa yang silam dan abadi........
Aku sering merindu.........
Terbayang-bayang setiap waktu......
Memang sukar untuk ku....Lupakan kenangan yang lal.
Seperti mana aku bermula
Ingin ku akhir segala-galanya........
Rumah kecil dari buluh semambu.
Hidup dengan cara termampu............
Rumah Kecil Buluh Semambu _ Iklim
Harapan membawa kuMelangkah tujuan..
Oh!khabarnya mutiara di sana..
Bagai sutra idaman berkilauan..
Terasa penat aku berhenti...
Semacam kepiluan menerpa di jiwa..
Wajah wajah yang teramat ku sayang...
Berlari rian di depan mata.........
Oh bukan permata...
Yang memberikan bahagia...
Aku dan jemu hiudp terpaksa..
Oh....... semakin sayang.
Ingin benar ku tempuh kembali...
Masa yang silam dan abadi........
Aku sering merindu.........
Terbayang-bayang setiap waktu......
Memang sukar untuk ku....Lupakan kenangan yang lal.
Seperti mana aku bermula
Ingin ku akhir segala-galanya........
Rumah kecil dari buluh semambu.
Hidup dengan cara termampu............
Rumah Kecil Buluh Semambu _ Iklim
28 April 2011
angry bird
Angry Birds merupakan satu permain video yg popular di smartphone, i-pad
Ianya menjadi semakin popular, dari iOS (iphone) ke android, kemudian ke PC
Terkini, setelah penat mencuri telur,memusnahkan makluk hijau oing2... angry bird mula diadaptasikan dalam bentuk kek, keychain, makanan dan macam2 lagi..
Jom layan.........
Ianya menjadi semakin popular, dari iOS (iphone) ke android, kemudian ke PC
Terkini, setelah penat mencuri telur,memusnahkan makluk hijau oing2... angry bird mula diadaptasikan dalam bentuk kek, keychain, makanan dan macam2 lagi..
Jom layan.........
26 April 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
























